Apakah cara untuk hilangkan gusi bengkak? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk menghilangkan masalah gusi bengkak.

“ Salah satu punca utama kepada bengkak gusi adalah Gingivitis – keradangan yang berlaku pada gusi lalu menyebabkannya bengkak begitu juga dengan kawasan di sekelilingnya ”

Antara salah satu komponen utama kesihatan ruang mulut adalah gusi. Ia adalah sejenis tisu yang menutupi bahagian tulang rahang. Gusi terbentuk daripada lapisan tisu yang kejap, tebal dan dipenuhi dengan rangkaian saluran darah. Warnanya pada kebiasaannya adalah merah jambu.

Apabila gusi membengkak, strukturnya akan membesar dan kelihatan lebih tertonjol. Warnanya juga akan bertukar kepada merah-kemerahan dan disertai dengan rasa sakit.

Gusi bengkak adalah masalah umum yang biasa di alami oleh masyarakat. Ia menandakan bahawa suatu penyakit terjadi atau mungkin disebabkan jangkitan yang sedang berlaku.

Punca Gusi Bengkak
Antara punca utamanya adalah disebabkan pengabaian penjagaan kebersihan mulut namun, terdapat banyak juga faktor yang boleh menjadikan gusi seseorang membengkak.

1. Kebersihan mulut

Yang pertama adalah apabila penjagaan kebersihan mulut dipandang remeh. Amalan tidak menggosok gigi secara kerap memberi peluang kepada pertumbuhan kuman untuk berkembang dengan lebih rancak.

2. Pendakap gigi

Pemakaian pendakap gigi yang tidak betul atau tidak sesuai memberikan tekanan terhadap gusi dan menyebabkan keradangan terjadi lalu ia pun membengkak.

3. Gula

Tabiat pengambilan gula yang tinggi meningkatkan kadar pertumbuhan kuman bakteria pada rongga mulut. Selain menyebabkan gusi bengkak, ia juga menjadi salah satu faktor kerosakan gigi. Hal demikian terjadi dengan kerap dalam kalangan budak-budak.

4. Kurang Vitamin C

Scurvy adalah sejenis penyakit yang dialami individu-individu yang kekurangan Vitamin C di dalam badan. Gejala utama yang dapat dilihat adalah bengkak gusi yang disertai dengan pendarahan. Ia sering terjadi pada populasi di negara-negara miskin akibat kekurangan zat.

5. Kehamilan

Nutrisi semasa kehamilan yang disalurkan kepada bayi dalam kandungan memberikan kesan terhadap ibu amalan pengambilan pemakanan yang seimbang tidak diamalkan dengan baik.

6. Pengumpulan Nanah

Akhir sekali, kegagalan untuk mendapatkan rawatan segera apabila terjadinnya jangkitan kuman pada gusi boleh menyebabkan terjadinya pengumpulan nanah secara berterusan lalunya ia pun membengkak dengan lebih teruk dari masa ke semasa.

Petua untuk mengatasi gusi bengkak patut diamalkan oleh setiap individu yang menghadapinya kerana selain dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan, anda juga dapat mengelakkan risiko komplikasi-komplikasi yang mungkin terjadi.

Cara untuk Hilangkan Masalah Gusi Bengkak
1. Kumuhan air garam

Air garam mempunyai elemen yang membantu dalam memastikan kebersihan mulut sentiasa terjaga dan ia juga berfungsi untuk mensurutkan kondisi gusi yang sedang membengkak dengan meredakan proses keradangan.

Menurut kajian, kumuhan air garam memberikan kesan yang signifikan dalam penyembuhan luka.

Anda boleh lakukan sendiri di rumah dengan membancuh sesudu teh garam dengan air suam. Kumuhan dalam tempoh 30 saat dalam bagi setiap sesi sebanyak 3 kali sehari sudah mencukupi bagi memastikan kesihatan mulut anda terjaga.

2. Aloe Vera ( Lidah Buaya )

Jika anda tercari-cari tumbuhan yang mempunyai sifat anti-radang maka, Aloe Vera adalah salah satu jawapannya. Kajian yang boleh didapati dari International Journal of Dental Hygiene dapat mengenal pasti kemampuan tumbuhan ini dalam mensurutkan bengkak yang terjadi akibat Gingivitis – radang gusi.

Anda akan dapati banyak syarikat-syarikat pengeluaran ubat kumur yang memperbaharui produk-produk mereka dengan memasukkan sekali tumbuhan jenis ini sebagai salah satu bahan aktif dalam proses pembuatannya.

3. Kunyit

Bahan rempah asas dalam kebanyakkan jenis masakan yang boleh didapati di Malaysia juga mempunyai maanfaat lain iaitu mengatasi bengkak gusi.

Salah satu kajian yang boleh didapati dari National Journal of Maxillofacial Surgery menyatakan ia berkesan dalam menyingkirkan plak-plak gigi yang terbentuk dari sisa-sisa makanan yang tertinggal serta mengurangkan risiko keradangan.

4. Essential Oil

Essential Oil dikatakan mempunyai banyak manfaat terhadap penjagaan mulut dan gusi. Menurut jurnal daripada Evidence-Based Dentistry, individu yang amalkan kumuhan yang mengandungi Essential Oil ternyata lebih berkesan dalam mengurangkan plak-plak gigi dan mengurangkan risiko radang gusi berbanding dengan ubat kumuhan yang lain.

Satu lagi kajian melalui European Journal of Dentistry, menyatakan ia mempunyai ciri-ciri yang mampu mengelakkan terjadinya jangkitan kuman.

Namun, anda perlu berwaspada dengannya dengan memastikan ia tidak mengandungi bahan aktif seperti alkohol sebelum menggunakannya. Ia adalah kerana alkohol adalah salah satu kumpulan bahan aktif yang boleh memberikan iritasi terhadap gusi.

5. Memberus gigi

Amalan ini tampak remeh tetapi ia manfaatnya sangat besar. Memberus gigi merupakan salah satu tabiat yang dapat memastikan ruang mulut anda bebas dari sebarang plak-plak gigi.

Hal ini penting kerana plak-plak yang terdapat pada lapisan-lapisan hadapan dan belakang gigi mengandungi kumpulan bakteria yang mampu memberikan kesan buruk terhadap gigi itu sendiri begitu juga dengan gusi seperti iritasi dan radang.

6. Flos gigi

Aktiviti memberus gigi biasanya hanya terhad pada lapisan depan dan belakang gigi. Ia agak kurang berkesan dalam menyingkirkan plak-plak gigi yang terdapat pada celah-celah tepi gigi begitu juga dengan gusi.

Oleh itu, di sinilah hadirnya peranan flos gigi dengan matlamat yang sama seperti memberus gigi.

Teknik yang betul wajib dipelajari samada bagi memberus atau flos gigi untuk memastikan amalan ini dapat dilakukan dengan berkesan.

Boleh dapatkan Flos Gigi disini

7. Berhenti Merokok

Kandungan bahan kimia yang tinggi dalam rokok bukan sahaja memberi peluang yang tinggi dalam pertumbuhan bakteria dalam mulut, malah ia juga boleh merosakkan gigi.

8. Minum Banyak Air

Banyakkan minum air kerana selain rangsangan penghasilan air liur melemahkan bakteria-bakteria yang terdapat dalam mulut.

9. Tuaman Air Panas

Penuaman air panas dipercayai boleh mengurangkan kesakitan gusi bengkak yang dialami seseorang.

10. Tuaman Sejuk

Tuaman sejuk seperti pek ais pula mampu mengurangkan kesan bengkaknya.

Sebagai penutup, penjagaan kesihatan dan kebersihan mulut penting dalam mengelakkan bengkak gusi. Pada masa yang sama, anda perlu tahu apabila gejala ini tidak reda setalah 2 atau 3 hari mohon anda berjumpa dengan Pegawai Pergigian dengan segera kerana khuatir akan kemungkinan bengkak tersebut jadi akibat pengumpulan nanah.

Bacaan Tips yang lain:

Rujukan: