Walaupun batuk yang disebabkan oleh penyakit yang merbahaya memerlukan rawatan yang spesifik dan khusus, namun tahukah anda terdapat beberapa petua hilangkan batuk yang boleh dicuba untuk gejala batuk yang disebabkan oleh masalah yang tidak serius? Antara cara atau petua hilangkan batuk ialah:

Madu merupakan bahan yang sangat popular untuk membantu dalam melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan. Ianya merupakan bahan yang telah lama digunakan untuk melegakan batuk. Jika dilihat di farmasi atau di kedai-kedai yang menjual ubat-ubatan, kita akan selalu lihat ubat batuk yang dijual mempunyai kandungan madu di dalamnya. Ia juga merupakan petua hilangkan sakit tekak dan petua hilangkan batuk bayi yang telah digunakan turun temurun lamanya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa madu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ubat batuk dextromethorphan walaupun jarak kebaikkannya adalah sedikit.

* Bernafas dengan wap air panas

Batuk yang berkahak juga mampu dilegakan melalui wap daripada air panas. Pesakit boleh mandi air panas dan bernafas di dalam bilik air yang mempunyai wap tersebut. Cara lain adalah dengan bernafas daripada wap yang dihasilkan daripada air panas. Anda boleh cuba letakkan air panas di dalam mangkuk, dan bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut dan tutup kepala menggunakan tuala supaya wap tersebut tidak bebas keluar dan diserap serta dihirup sepenuhnya oleh pesakit. Teknik ini juga mampu melegakan batuk terutamanya batuk yang berkahak.

Penggunaan halia amat popular dalam rawatan dan ubat-ubatan terutamanya perubatan tradisional. Halia sebenarnya mampu melegakan batuk kering ataupun batuk daripada penyakit asma kerana ia mempunyai kandungan yang boleh meredakan keradangan (anti-inflammatory). Bahan kandungan dalam halia mampu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan dimana ianya mampu mengurangkan masalah batuk. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa halia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut dan masalah kepedihan perut, jadi ianya perlu digunakan secara berhati-hati.

* Berkumuh menggunakan air garam

Antara cara lain yang boleh digunakan untuk meredakan batuk adalah dengan berkumuh menggunakan air garam. Ia merupakan petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Berkumuh dengan air garam bukan sahaja mampu melegakan batuk kahak tetapi ia juga mampu membantu membersihkan kawasan mulut dan oral pesakit. Ianya membantu lebih-lebih lagi kepada pesakit yang terlantar di wad.