Ketinggian anda ditentukan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor tersebut adalah sesuatu yang luar kawalan anda. Namun begitu, tidak bermakna anda tiada sebarang pilihan untuk mengubahnya, walaupun sedikit.

Setelah anda mencapai tahap umur yang optimum, badan dan ketinggian anda akan kekal. Sebelum proses itu berhenti, anda masih mempunyai harapan untuk meningkat ketinggian badan anda!

Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh ikuti:

1. Fahami Hakikat Genetik Diri Anda
Ketinggian seseorang adalah sifat poligenik, yang membawa maksud ianya dipengaruhi oleh beberapa genes. Mempunyai kedua-dua ibu bapa yang rendah tidak membawa maksud anda akan rendah, sama juga dalam keadaan ibu bapa yang tinggi tidak membawa maksud akan menjadi tinggi.

Namun begitu, jika adik beradik kepada ibu bapa anda juga rendah, anda akan mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadi rendah. Jangan berasa rendah diri. Anda masih belum mengetahui sejauh mana anda akan membesar. Kebiasaannya kita akan berhenti membesar (capai tumbesaran optimum) pada pertengahan umur 20-an.

Kira anggaran ketinggian anda. Percaya atau tidak, anda boleh membuat anggaran sejauh mana badan anda boleh membesar, berdasarkan ketinggian kedua-dua ibu bapa anda.

1. Campurkan ketinggian kedua-dua ibu bapa anda.
2. Tambah 13cm (jika anda lelaki) atau tolak 13cm (jika anda perempuan).
3. Bahagikan jumlah tersebut dengan nombor 2.
4. Jawapannya adalah anggaran ketinggian anda, +/- 10cm. Nikai tersebut adalah anggaran kasar.

2. Elakkan Perkara yang Boleh Membantut Ketinggian
Anda mungkin tidak mempunyai cara ataupun kaedah yang banyak untuk meningkatkan ketinggian, tetapi anda boleh mengelak daripada perkara-perkara yang boleh membantutkan pembesaran. Ubat-ubatan boleh melambatkan proses pembesaran, jika ia diambil pada lingkungan umur kanak-kanak.

Perkara ini boleh menyebabkan ketinggian kanak-kanak tersebut terbantut dan tidak dapat mencapai tahap yang sepatutnya.

Adakah pengambilan kafein (kopi/teh) membantut tumbesaran? Kajian saintifik membuktikan bahawa pengambilan minuman berkafein tidak memberikan kesan kepada pembesaran.

Namun, pengambilan bahan ini boleh mengganggu masa tidur seseorang. Kanak-kanak memerlukan 9 1/2 jam tidur seharian, dan kafein boleh menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk tidur. Lantas mengganggu proses pembesaran mereka.

Adakah merokok boleh menjejaskan tumbesaran? Menurut Sumber Kesihatan Internet Universiti Columbia: “Setakat ini, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok, ataupun terdedah dengan asap rokok lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak merokok ataupun anak kepada bukan perokok.

Adakah steroid membantut pembesaran? Ya, betul. Pengambilan steroid boleh memberikan kesan kepada perkembangan tulang kanak-kanak dan remaja. Selain itu, bahan tersebut juga boleh mengurangkan kadar air mani, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan risiko sakit jantung.

Kanak-kanak ataupun remaja yang mengalami masalah lelah dan menggunakan inhaler (mengandungi jumlah steroid yang sedikit) didapati lebih rendah (lebih kurang setengah inci) berbanding kanak-kanak yang tidak dirawat menggunakan inhaler.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dan remaja memerlukan jangka masa tidur antara 8.5 hingga 11 jam setiap hari. Hal ini kerana badan kita akan mengalami tumbesaran dan membaiki sel/tisu semasa kita tidur. Pastikan anda tidu dalam keadaan yang selesa, dan pastikan anda mengelak daripada suasana yang boleh mengganggu tidur anda. Seperti bunyi-bunyian ataupun pencahayaan yang tidak patut.

Sekiranya anda mengalami masalah tidur, cuba mandi dengan air yang suam ataupun minum teh/susu coklat sebelun tidur.

Hormon pembesaran manusia ataupun human growth hormone (HGH) dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita, kebiasaannya pada waktu kita tidur nyenyak. Oleh itu, dengan mendapatkan tidur yang baik boleh meransang penghasilan hormon tersebut. Secara tidak lansung membantu pertumbuhan diri.

Hormon HGH boleh disuntik kedalam saluran darah dibawah saranan doktor yang bertauliah. HGH yang dalam bentuk krim, serbuk, pil ataupun suntikan yang tidak iktiraf boleh meninggalkan kesan sampingan yang teruk. Berbincang dengan doktor anda terlwbih dahulu sebelum mendapatkan rawatan HGH.

4. Amalkan Pemakan Yang Tepat
Pastikan anda mendapat kadar vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk membesar dengan optimum. Ambil pil tambahan (supplement) setiap hari pada waktu sarapan, dan cuba tambah beberapa nutrisi ke dalam diet harian anda. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Pastikan anda mengambil kadar karbohidrat dan kalori yang optimum, kerana badan anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membesar.

2. Tambah pengambilan kalsium (produk tenusu dan sayur-sayuran hijau). Kalsium membantu perkembangan tulang, dan boleh mengelakkan osteoporosis.

3. Dapatkan vitamin D yang mencukupi, melalui pemakanan ikan, cendawan ataupun melalui pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D boleh membantu perkembangan tulang dan otot kanak-kanak. Kekurangan pengambilan vitamin D menyebabkan pembesaran kanak-kanak terbantut dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan kepada remaja perempuan. Jika anda tidak meminati ikan, sila dapatkan supplemen minyak ikan.

4. Ambil makanan yang tinggi kandungan protein. Kebiasaannya boleh didapati dalam daging, telur, tauhu dan ikan. Protein membekalkan elemen-elemen yang penting dalam perbentukan sel, yang mana membantu anda membesar. Anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 2 sajian yang tinggi dalam protein setiap hari.

5. Tingkatkan pengambilan zink dalam diet anda. Bahan ini boleh didapati dalam coklat, kacang, telur, kacang pis, asparagus dan pil supplemen. Kekurangan khasiat zink boleh menyebabkan pembesaran kanak-kanak terbantut. Salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan khasiat zink yang mencukupi setiap hari adalah dengan mengambil pil supplement.

6. Makan Mengikut Jadual. Anda sepatutnya memakan 3 sajian setiap hari, dengan 2 minum ringan (minum pagi dan petang). Aturkan nutrisu yang anda patut ambil sepanjang seharian anda kedalam jadual makanan anda.

5. Pastikan sistem imunisasi and dalam keadaan yang baik
Kadang-kadang, penyakit yang biasa (demam/batuk/selesama) semasa kanak-kanak boleh menjejaskan pembesaran mereka. Perkara ini boleb diatasi dengan pengambilan vitamin c yang mencukupi. Vitamin C boleh didapati dari pemakanan buah-buahan sitrus seperti oren, lemon dan anggur.

Selain itu, pengambilan ubat yang sesuai sebaik sahaja merasakan kurang selesa pada badan anda, boleh mencepatkan proses penyembuhan.

Tingkatkan sistem imunisasi anda dengan pemakanan yang sihat. Cuba elak daripada memakan makanan yang diproses, makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan ringan.

Pelbagaikan makanan yang berkhasiat. Terdapat banyak faktor yang boleh meningkat tahap imunisasi anda. Jika anda memakan benda yang sama setiap hari, ia tidak dapat memberikan kesan yang optimum kepada sistem badan anda.

Oleh itu, anda perlu pelbagaikan buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein seperti susu dan keju, kacang, ikan dan makanan yang lain. Jangan lupa, anda digalakkan untuk mendapatkan omega-3, boleh didapati dari ikan ataupun pil supplement.

6. Bersenam
Bersenam dan pengambilan makanan diet yang sesuai boleh membantu meningkat ketinggian diri anda. Namun, hasil akan ketara bagi yang masih belum mencapai tahap umur dewasa. Cara ini sangat sesuai kepada kanak-kanak dan remaja, namun tidak memberikan kesan yang banyak kepada dewasa.

Lakukan renggangan badan juga memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan ketinggian badan. Terdapat banyak tutorial yang bertemakan kaedah ini di internet, yang mana boleh membantu menjadi tinggi. Namun, tidak memberikan kesan kepada orang dewasa, maaf.

7. Amalkan postur yang Betul
Membongkokkan badan boleh membantut perkembangan tulang belakang. Oleh itu, anda perlu tegakkan diri semasa duduk, berdiri ataupun berjalan. Dengan mengekalkan postur yang betul, anda akan kelihatan seperti tinggi walaupun anda tidak.

8. Bina Keyakinan Diri
Menjadi orang yang tinggi mungkin memberikan keyakinan diri kepada mereka. Namun, tidak terhad kepada mereka sahaja, orang yang rendah seperti anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama, cuma teknik yang berbeza.

Anda boleh melibatkan diri dalam kelab, persatuan dan aktiviti-aktiviti di sekolah ataupun di universiti. Perkara ini boleh memberikan kesan yang positif kepada diri anda dan memberikan pandangan yang baik kepada orang lain. Walaupun anda rendah.

9. Dapatkan Nasihat Pakar
Sekiranya anda dari keluarga yang tinggi dan anda seorang sahaja yang tidak mendapat ketinggian yang sepatutnya (walaupun selepas baligh), maka anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor.

Terdapat penyakit ataupun masalah kesihatan yang boleh membantut tumbesaran kanak-kanak (kekurangan hormon ataupun penyakit imunisasi).

Namun, perkara itu sangat jarang berlaku. Sekiranya anda sudah mengamalkan diet yang sempurna dan mendapatkan tidur yang optimum, tetapi tidak membesar, adalh terbaik jika anda mendapatkan nasihat doktor.

Tips Tambahan Untuk Cepat Tinggi
Beikut adalah beberapa tips ataupun larangan yang anda patut patuhi sekiranya anda ingin menjadi lebih tinggi.

* Jangan sesekali menyuruh seseorang menarik badan anda untuk tujuan meningkatkan ketinggian. Perbuatan ini tiada langsung kaitan dengan perkembangan diri anda. Malah, ia akan memberikan anda sakit belakang, leher dan tangan.
* Pastikan anda mendapat semua nutrisi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setiap hari. Jika anda mahu, anda boleh menambah menu yang mengandungi kandungan kalsium, vitamin D dan zink kedalam diet seharian anda.
* Jika perlu, cuba kurangkan berat badan. Ini boleh memberikan anda penampilan yang lebih tinggi, kelihatan lebih tinggi.
* Dapatkan tidur yang secukupnya, sekiranya anda seorang remaja dan mahu tingkatkan ketinggian badan.
* Kekalkan hidrat. Minum air yang secukupnya dan dapatkan susu untuk kuatkan tulang. Jika badan kekurangan air, ia akan menyebabkan kekurangan tenaga dan badan menjadi lemah.
* Jangan kerap kali membongkokkan badan. Ia akan menjejaskan pertumbuhan badan.
* Bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan amalkan pemakanan yang sihat, tidak kira di rumah, di asrama ataupun di tempat kerja.

Kesimpulan
Ketinggian seseorang adalah ditentukan oleh genetik yang diwarisi. Namun, terdapat beberapa cara-cara cepat tinggi yang boleh diamalkan supaya mendapat ketinggian yang diingini.

Harap artikel ini boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah ketinggian badan. Sekian.