PutriSeptember 12, 2022 Bila pergi ke majlis kahwin selesai makan, pasti mencari pemanis mulut. Ada yang menyediakan bubur kacang hijau, memang layan menikmatinya. Jadi korang yang teringin makan makan bubur kacang boleh buat nanti. Paling sedap bila dimasukkan durian di dalamnya.Lemak rasa memang tak boleh bawa bincang.

Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan:

2 cawan teh kacang hijau

1 ½ ketul gula Melaka-beli online di sini

5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai

½ sudu kecil garam-beli online di sini

2 kotak kecil santan SAJI-beli online di sini

(lebihkan lagi sedap)

2 helai daun pandan disimpul

4 keping hirisan halia

Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yang disukai dan masukkan durian jika suka

Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara memasak:

1.Kacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman (saya rendam sebelum tidur esoknya dah boleh masak)

2.Rebus kacang hijau sehingga empuk setelah kacang lembut tapis buang airnya.

3.Dalam periuk masukkan semua bahan-bahan di atas termasuk kacang yang telah direbus.

4.Kacau rata dan reneh dengan api sederhana. Kacau sekali sekala setelah semua sebati siap.

Kredit: Aisyah Humaira

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

> 9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

> Resipi Telur Hancur Masak Berlada Mudah & Jimat

> Resipi Talam Berlauk Sedap, Inti Masak Guna Daging Burger Je

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official