#3. Makan lebih banyak sayur dan buah
Buat anda yang mungkin belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat – 3 elemen terpenting yang perlu diberi perhatian jika berhasrat untuk berdiet.

Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya. Jadi, sila ambil sayur dan buah lebih banyak jika anda ingin kurus.

#4. Makan pada waktu yang tetap
Ramai individu yang beranggapan bahawa perbuatan skip salah satu waktu makan boleh membantu diet anda.

Tidak sama sekali, ini kerana ia hanya membuat kalian mengambil lebih banyak snek kerana lapar.

Sebaliknya, sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit.

Dengan ini, dapatlah kalori yang anda ambil itu dibakar dengan lebih cepat.

Cara diet yang betul #5. Tidak perlu ‘mengharamkan’ makanan
Apa maksudnya? Anda yang sedang berdiet sebenarnya tidak perlu untuk membuang atau mengelak dari memakan sesuatu jenis makanan, terutamanya yang anda sukai.

Ini hanya akan menyebabkan anda mengidam lantas memakannya lebih banyak jika mendapat peluang.

Sebaiknya, ambil sahaja makanan yang anda suka itu asalkan ia tidak lebih dari saranan kalori harian anda.

Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.

#6. Guna pinggan dan mangkuk yang lebih kecil
Meskipun tip ini kelihatan seperti satu jenaka, namun ia sangat berkesan.

Dengan menggunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil, ia akan membuat kalian makan dengan kuantiti sedikit.

Lama kelamaan, anda akan terbiasa sehingga anda sudah boleh kenyang dengannya. Oleh itu, cuba gunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil dan makanlah secara perlahan-lahan.

#7. Diet tidak bermaksud tidak boleh aktif
Akhir sekali, anda tidak boleh hanya bermalasan sahaja di rumah atau tempat kerja dengan alasan anda sedang berdiet. Ini adalah satu tanggapan yang salah.

Sebaliknya, anda perlu kekal aktif untuk membantu tubuh badan membakar lebihan kalori yang diambil. Selain itu, ia juga boleh buat tubuh badan lebih sihat secara total.

Jadi, kenapa tidak?