Ramai sebenarnya belum sedia lagi nak menimang cahaya mata dan perlukan cara mencegah kehamilan.

.

Jangan risau sebab anda sedang membaca perkongsian yang paling tepat dan teliti berkenaan cara mencegah kehamilan.

.

Bagi anda yang sangat aktif dalam hubungan seksual dan perlukan cara elak mengandung pastinya tertanya-tanya apa cara terbaik untuk melakukannya.

.

Benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran anda sudah pastinya pil perancang atau pil cegah hamil.

.

Tapi, kalau sekadar mengharapkan pil cegah mengandung semata-mata, agak sukar sebenarnya untuk anda berjaya.

.

.

Anda kena tahu cara-cara lain yang melibatkan hubungan seksual untuk mencegah kehamilan.

.

Family Planning Association (PFA) di UK mengatakan sekitar 90% daripada wanita yang aktif secara seksual akan mengandung dalam tempoh 12 bulan jika mereka tidak mempraktikkan cara mencegah kehamilan.

.

Seorang wanita berisiko untuk mengandung setiap kali mereka melakukan seks tanpa sebarang pencegahan termasuklah sewaktu kali pertama melakukan seks.

.

.

Baca Juga: 3 Cara Efektif Elak Kehamilan Walaupun Pancut Dalam

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Setiap cara elak hamil ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

.

Sebab itulah anda kena benar-benar memahami baik buruk setiap cara ini untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

.

Jom baca cara mencegah kehamilan yang kami kongsikan dibawah!

.

.

BARRIER METHODS

.

.

Barrier Methods adalah cara elak mengandung yang menghalang sperm daripada sampai ke telurdan antaranya ialah:

.

.

1. Male Condom

.

.

Kondom lelaki dan perempuan merupakan satu-satunya cara mencegah kehamilan yang mampu melindungi penggunanya daripada STI (Sexually Transmitted Infections).

.

Apabila digunakan dengan betul, kondom memberikan 80% keberkesanan untuk mengelakkan daripada kehamilan mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

.

Untuk menggunakan kondom:

* Pilih saiz yang tepat
* Sarungkan kondom pada kepala zakar yang sedang mengeras
* Picit hujung kondom untuk mengeluarkan sebarang udara yang terkumpul
* Sarungkan sepenuhnya perlahan ke seluruh batang zakar dan pastikan ia tidak terkoyak
* Selepas selesai projek, pegang hujung kondom sebelum anda menarik keluar dari faraj pasangan anda
* Tanggalkan kondom tersebut dan terus buang. Jangan gunakan semula

.

.

Kebanyakan kondom lelaki dibuat menggunakan latex.

.

Tapi kalau anda allergic dengan latex, ada lagi jenis yang lain.

.

Kalau anda gabungkan kondom dengan pelincir, anda kena pastikan pelincir yang digunakan sesuai dengan kondom tersebut.

.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan kondom jenis latex sebagai cara elak hamil, pelincir yang sesuai digunakan adalah dari jenis water-based.

.

Anda boleh dapatkan kondom dari kebanyakan pasaraya, 7E, farmasi atau anda boleh beli secara online.

.

.

2. Female Condoms

.

.

Kondom wanita juga boleh digunakan sebagai salah satu cara mencegah kehamilan.

.

Menurut CDC, kondom wanita mampu meningkatkan keberkesanan untuk cegah kehamilan sekitar 79%.

.

Kondom wanita juga semakin mudah didapati di farmasi dan kalau anda mengalami kesukaran untuk mencarinya, anda boleh beli secara online.

.

.

3. Diaphragm

.

.

Diaphragm merupakan satu lagi cara mencegah kehamilan daripada barrier method yang digunakan dengan cara meletakkannya didalam faraj.

.

Oh! Jangan lupa untuk sapukan spermicide terlebih dahulu keatas diaphragm sebelum menggunakannya.

.

Bila digunakan dengan spermicide, kesan penggunaan diaphragm ni akan meningkat sehingga 90%.

.

Diaphragm perlu dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seksual, biarkan sekitar 6 jam sebaik selesai dan buang selepas 24 jam.

.

Diaphragm juga tak melindungi anda dan pasangan daripada STI.

.

.

4. Cervical Cap

.

.

Cervical cap merupakan silikon lembut yang dimasukkan kedalam faraj wanita.

.

Ia akan menutupi serviks untuk menghalang sperm daripada sampai ke telur.

.

Keberkesanan cara cegah hamil ini adalah sekitar 70-85% sahaja.

.

Oh. Ia juga sama seperti alat selain kondom iaitu ia tidak berupaya untuk mengelakkan STI.

.

Ia boleh dibeli di farmasi dan juga secara online.

.

.

5. Sponge

.

.

Span yang digunakan untuk mencegah kehamilan ini diperbuat daripada polyurethane dan mengandungi spermicide.

.

Ia diletakkan didalam faraj untuk mengelakkan sebarang kemasukan ke uterus.

.

Jika digunakan span sahaja, keberkesanannya sebagai cara elakkan mengandung adalah sekitar 76-88% sahaja.

.

Tapi jika digunakan bersama-sama kondom, keberkesanannya akan meningkat dan turut mampu untuk mengelakkan STI.

.

Anda boleh dapatkan secara online.

.

.

6. Spermicide

.

.

Spermicide merupakan bahan kimia yang menyahaktif sperm.

.

Cara mencegah kehamilan menggunakan spermicide, anda perlu memasukkannya berhampiran dengan servik sekitar 10 minit sebelum melakukan hubungan seksual.

.

Ia akan kekal efektif dalam tempoh 60 minit dan tahap keberkesanannya adalah sekitar 71%.

.

Biasanya spermicide datang dalam bentuk gel dan ia boleh didapati di farmasi atau dibeli secara online.

.

Anda boleh dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan cara yang paling efektif untuk anda menggunakan spermicide sebagai cara elak mengandung.

.

.

HORMONAL METHODS

.

.

Cara mencegah kehamilan menerusi hormonal methods biasanya akan fokus kepada menghentikan ovulation, yang merupakan proses untuk mengeluarkan telur daripada ovari.

.

Cara elak mengandung sebegini tidak mampu untuk menghalang STI.

.

Biasanya hormonal methods perlu mendapat kebenaran daripada doktor.

.

.

7. Pil Cegah Hamil

.

.

Terdapat dua jenis pil cegah hamil:

* Menghentikan kitaran haid
* Tidak menghentikan kitaran haid

.

Kalau nak bercerita berkenaan pil cegah hamil, ada banyak jenama yang ada di pasaran.

.

Keberkesanan pil cegah hamil adalah sekitar 95%.

.

Kami ada kongsikan lebih lanjut berkenaan pil cegah hamil disini:

.

Baca Juga :Pil Perancang – Anda Perlu Tahu Jenisnya & Cara Ambil Yang Betul

.

.

8. Patches

.

.

Menurut National Health Service, keberkesanan penggunaan patch adalah sekitar 99% efektif apabila digunakan dengan betul.

.

Patch boleh digunakan pada:

* Belakang badan
* Punggung
* Perut
* Bahagian atas lengan

.

Setiap patch perlu dipakai untuk 3 minggu sebelum menanggalkannya untuk tempoh seminggu bagi membolehkan kitaran haid.

.

Ada kemungkinan juga berlakunya sedikit ketidakselesaan pada kulit.

.

.

.

.

9. Suntikan

.

.

Suntikan cegah kehamilan Depo-Provera biasanya akan diberikan oleh doktor setiap 12 minggu.

.

Kajian menunjukkan jika cara mencegah kehamilan ini jika diambil dengan betul, mampu memberikan keberkesanan untuk mengelakkan kehamilan sehingga 90%.

.

Menurut Planned Pregnancy, ia mengambil masa sekitar 10 bulan atau lebih untuk kesuburan kembali normal sebaik sahaja pasangan anda berhenti mengambil suntikan.

.

.

10. Vaginal Ring

.

.

Menurut NHS, cara mencegah kehamilan dengan menggunakan vaginal ring mempunyai keberkesanan sehingga 99% bila digunakan dengan betul.

.

Keberkesanan ini boleh menurun sehingga 95% jika berlaku kesilapan sewaktu menggunakannya.

.

Cincin plastik bersaiz kecil ini akan dimasukkan kedalam faraj selama 3 minggu dan ia mengeluarkan hormon kedalam badan untuk mengelakkan kehamilan.

.

Cincin tersebut perlu dikeluarkan selama 7 hari untuk membolehkan kitaran haid sebelum memasukkan cincin yang baru.

.

Rasanya sekian saja perkongsian kami kali ini berkenaan cara mencegah kehamilan yang anda dan pasangan boleh sama-sama cuba.

.

Ada banyak cara yang kami kongsikan diatas, jadi anda boleh pilih cara mana yang paling sesuai dan selesa.

.

.

Pastikan anda mengikut cara penggunaan yang telah diberikan, dan pastikan juga anda mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk memastikan apa yang anda sedang usahakan ini berjaya.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga!

.

Semoga bermanfaat!