Cara Mengatasi Sembelitsweetmag-yakult T15:51:11+08:00Oh, leganya apabila dapat ‘membuang’ dengan lancar! Namun jika keadaan sebaliknya berlaku, perkara ini boleh menjejaskan mood serta aktiviti harian anda. Terlalu keras, terlalu cair, terlalu kerap ataupun jarang-jarang sekali? Sudah tiba masanya untuk anda lebih peka terhadap sistem penghadaman dan tabiat pembuangan air besar yang betul.

Sembelit merupakan suatu gejala dan bukanlah sejenis penyakit. Definisi umumnya adalah pergerakan usus yang kurang daripada tiga kali seminggu dan kesukaran untuk membuang air besar. Hampir semua individu akan mengalami masalah sembelit pada suatu tahap dalam hidup mereka. Mujurlah masalah ini boleh diatasi berpandukan sains!

Carta Najis Bristol

Mari kenali najis anda menerusi Carta Najis Bristol. Carta ini digunakan untuk menilai bentuk dan tekstur najis yang dihasilkan oleh tubuh badan kita mengikut skala yang bermula dari 1 (najis keras) hingga 7 (cair sepenuhnya). Najis yang normal adalah jenis najis yang berada pada skala 3 atau 4 kerana ia terbentuk dengan sempurna, teksturnya tidak terlalu keras atau terlalu cair serta bergerak dengan lancar. Bergantung pada situasi, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan tekstur najis yang ideal.

Apakah punca masalah sembelit?
Sembelit biasanya terjadi apabila bahan buangan atau najis bergerak melalui saluran penghadaman dengan terlalu perlahan atau tidak dapat dikeluarkan secara berkesan dari dubur sehingga menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Antara punca sembelit termasuklah:

* Kurang pengambilan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
* Kekurangan aktiviti fizikal dan gaya hidup tidak aktif
* Tidak minum air dengan secukupnya
* Gangguan hormon ketika mengandung, hipertiroidisme (badan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid), hipotiroidisme (badan menghasilkan terlalu sedikit hormon tiroid)
* Sentiasa menahan keinginan untuk membuang air besar
* Penyakit atau masalah kesihatan tertentu, seperti strok (paling umum)
* Masalah berkaitan usus besar dan dubur
* Tekanan, kegelisahan atau kemurungan

Cara Melegakan Masalah Sembelit
Cara mengatasi sembelit tidak sukar sebenarnya. Perubahan dari segi pola pemakanan dan gaya hidup biasanya disarankan untuk mengurangkan masalah sembelit.

Perubahan Pola Pemakanan

Apakah perkara yang perlu dilakukan jika kita menghadapi masalah sembelit? Perubahan dari segi pola pemakanan dan gaya hidup biasanya disarankan untuk mengurangkan masalah sembelit.

Air
Air adalah sumber kehidupan yang diperlukan oleh semua, kerana air memastikan sistem di dalam badan berjalan dengan lancar. Apabila seseorang individu mengalami dehidrasi, usus terpaksa menyerap air daripada najis sehingga menyebabkannya menjadi keras dan kering. Hal ini akan mengundang masalah sembelit. Oleh itu, pengambilan air yang secukupnya dapat membantu kita mencapai keseimbangan cecair di dalam badan ke tahap normal.

Probiotik
Di kebanyakan institusi kesihatan, antara rawatan yang disyorkan sebagai cara mengatasi sembelit termasuklah pengambilan probiotik. Probiotik adalah bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam usus. Bakteria baik membantu untuk menjaga usus kita dan memastikan keseimbangan mikroflora seperti Bifidobacteria dan Lactobacillus di dalam usus. Kita boleh menambahkan bilangan bakteria baik dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik. Makanan-makanan ini termasuklah tempeh, kimchi, yogurt, miso and minuman susu kultur seperti Yakult.

Bakteria baik ini bukan sahaja mampu merangsang penghadaman, tetapi ia juga boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dengan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya. Selain itu, pengambilan probiotik juga boleh mengembalikan keseimbangan bakteria di dalam usus, merangsang pergerakan usus dan seterusnya mencegah masalah sembelit.

Setiap jenis probiotik yang berbeza akan memberikan manfaat yang berbeza. Lactobacillus casei Shirota (LcS) atau dikenali sebagai Shirota strain ialah probiotik eksklusif Yakult yang membantu meningkatkan fungsi usus. Probiotik Shirota strain boleh merangsang pergerakan usus dengan meningkatkan penghasilan asid lemak rantai pendek, mengurangkan pH kolon serta meningkatkan metabolisme hempedu, secara tidak langsung menjadi cara mengatasi sembelit yang efektif.

Serat
Baik di tahap sembelit, normal mahupun cirit-birit pada skala najis, pengambilan serat dalam diet harian tetap penting untuk membantu pembuangan air besar. Secara umum, terdapat dua kategori serat iaitu serat tidak larut dan serat larut.

Serat larut menyerap air dan membentuk bahan seperti gel, yang akan melembutkan dan memperbaiki konsistensi najis. Serat jenis ini boleh ditemui dalam bran oat, barli, kacang dan kekacang, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Serat tidak larut pula berfungsi sebagai ‘pelawas’ bagi memudahkan lagi pergerakan najis melalui saluran penghadaman untuk dibuang. Serat tidak larut biasanya terdapat dalam bran gandum, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Kafein
Pengambilan kafein boleh memberi kesan positif dan negatif terhadap sistem penghadaman. Kafein bersifat diuretik yakni meningkatkan proses pengeluaran air kencing dan akan mengurangkan isipadu cecair di dalam badan, yang menjurus kepada sembelit. Pada masa yang sama, kafein juga boleh bertindak sebagai perangsang kepada proses pergerakan usus, tetapi boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil secara berlebihan.

Sehubungan dengan itu, amalkan pengambilan kafein secara sederhana dan minum air dengan kerap supaya anda boleh mendapat manfaat kafein tanpa mendatangkan kesan buruk kepada badan.

Pengambilan Ubat

Fungsi ubat seperti laksatif atau julap adalah untuk mempercepatkan pergerakan usus atau melembutkan najis. Walaupun mudah untuk dibeli di farmasi, pengguna haruslah bijak ketika menggunakan ubat ini kerana ia boleh membahayakan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apakah ubatan yang sesuai untuk anda mengatasi sembelit.

Bersenam

Amalan bersenam juga tidak terkecuali sebagai cara mengatasi sembelit. Senaman berkala boleh mempercepatkan masa yang diambil oleh makanan untuk bergerak melalui usus besar sambil mengehadkan air yang diserap dari najis. Najis yang kering dan keras adalah sukar untuk disingkirkan. Selain itu, aktiviti sukan seperti senaman aerobik (contoh: berenang, berjoging, berbasikal, berlari, bola sepak dan lain-lain) juga boleh membantu merangsang pengecutan otot usus, seterusnya mengawal pergerakan usus bagi mengatasi sembelit.

Apabila anda mula melakukan perubahan kecil dan proaktif kepada pemakanan dan gaya hidup anda sekarang, anda telah meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan anda secara keseluruhan. Cegah sebelum terlambat!

TIP CEPAT & BERKESAN UNTUK MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT

Oh, leganya apabila dapat ‘membuang’ dengan lancar! Namun jika keadaan sebaliknya berlaku, perkara ini boleh menjejaskan mood serta aktiviti harian anda. Terlalu keras, terlalu cair, terlalu kerap ataupun jarang-jarang sekali? Sudah tiba masanya untuk anda lebih peka terhadap sistem penghadaman dan tabiat pembuangan air besar yang betul.

Sembelit merupakan suatu gejala dan bukanlah sejenis penyakit. Definisi umumnya adalah pergerakan usus yang kurang daripada tiga kali seminggu dan kesukaran untuk membuang air besar. Hampir semua individu akan mengalami masalah sembelit pada suatu tahap dalam hidup mereka. Mujurlah masalah ini boleh diatasi berpandukan sains!

Carta Najis Bristol

Mari kenali najis anda menerusi Carta Najis Bristol. Carta ini digunakan untuk menilai bentuk dan tekstur najis yang dihasilkan oleh tubuh badan kita mengikut skala yang bermula dari 1 (najis keras) hingga 7 (cair sepenuhnya). Najis yang normal adalah jenis najis yang berada pada skala 3 atau 4 kerana ia terbentuk dengan sempurna, teksturnya tidak terlalu keras atau terlalu cair serta bergerak dengan lancar. Bergantung pada situasi, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan tekstur najis yang ideal.

Apakah punca masalah sembelit?
Sembelit biasanya terjadi apabila bahan buangan atau najis bergerak melalui saluran penghadaman dengan terlalu perlahan atau tidak dapat dikeluarkan secara berkesan dari dubur sehingga menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Antara punca sembelit termasuklah:

* Kurang pengambilan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
* Kekurangan aktiviti fizikal dan gaya hidup tidak aktif
* Tidak minum air dengan secukupnya
* Gangguan hormon ketika mengandung, hipertiroidisme (badan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid), hipotiroidisme (badan menghasilkan terlalu sedikit hormon tiroid)
* Sentiasa menahan keinginan untuk membuang air besar
* Penyakit atau masalah kesihatan tertentu, seperti strok (paling umum)
* Masalah berkaitan usus besar dan dubur
* Tekanan, kegelisahan atau kemurungan

Cara Melegakan Masalah Sembelit

Perubahan Pola Pemakanan

Apakah perkara yang perlu dilakukan jika kita menghadapi masalah sembelit? Perubahan dari segi pola pemakanan dan gaya hidup biasanya disarankan untuk mengurangkan masalah sembelit.

Air adalah sumber kehidupan yang diperlukan oleh semua, kerana air memastikan sistem di dalam badan berjalan dengan lancar. Apabila seseorang individu mengalami dehidrasi, usus terpaksa menyerap air daripada najis sehingga menyebabkannya menjadi keras dan kering. Hal ini akan mengundang masalah sembelit. Oleh itu, pengambilan air yang secukupnya dapat membantu kita mencapai keseimbangan cecair di dalam badan ke tahap normal.

Probiotik adalah bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam usus. Bakteria baik membantu untuk menjaga usus kita dan memastikan keseimbangan mikroflora seperti Bifidobacteria dan Lactobacillus di dalam usus. Kita boleh menambahkan bilangan bakteria baik dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik. Makanan-makanan ini termasuklah tempeh, kimchi, yogurt, miso and minuman susu kultur seperti Yakult.

Bakteria baik ini bukan sahaja mampu merangsang penghadaman, tetapi ia juga boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dengan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya. Selain itu, pengambilan probiotik juga boleh mengembalikan keseimbangan bakteria di dalam usus, merangsang pergerakan usus dan seterusnya mencegah masalah sembelit.

Setiap jenis probiotik yang berbeza akan memberikan manfaat yang berbeza. Lactobacillus casei Shirota (LcS) atau dikenali sebagai Shirota strain ialah probiotik eksklusif Yakult yang membantu meningkatkan fungsi usus. Shirota strain boleh merangsang pergerakan usus dengan meningkatkan penghasilan asid lemak rantai pendek, mengurangkan pH kolon serta meningkatkan metabolisme hempedu, secara tidak langsung dapat melegakan masalah sembelit.

Baik di tahap sembelit, normal mahupun cirit-birit pada skala najis, pengambilan serat dalam diet harian tetap penting untuk membantu pembuangan air besar. Secara umum, terdapat dua kategori serat iaitu serat tidak larut dan serat larut.

Serat larut menyerap air dan membentuk bahan seperti gel, yang akan melembutkan dan memperbaiki konsistensi najis. Serat jenis ini boleh ditemui dalam bran oat, barli, kacang dan kekacang, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Serat tidak larut pula berfungsi sebagai ‘pelawas’ bagi memudahkan lagi pergerakan najis melalui saluran penghadaman untuk dibuang. Serat tidak larut biasanya terdapat dalam bran gandum, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Pengambilan kafein boleh memberi kesan positif dan negatif terhadap sistem penghadaman. Kafein bersifat diuretik yakni meningkatkan proses pengeluaran air kencing dan akan mengurangkan isipadu cecair di dalam badan, yang menjurus kepada sembelit. Pada masa yang sama, kafein juga boleh bertindak sebagai perangsang kepada proses pergerakan usus, tetapi boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil secara berlebihan.

Sehubungan dengan itu, amalkan pengambilan kafein secara sederhana dan minum air dengan kerap supaya anda boleh mendapat manfaat kafein tanpa mendatangkan kesan buruk kepada badan.

Pengambilan Ubat

Fungsi ubat seperti laksatif atau julap adalah untuk mempercepatkan pergerakan usus atau melembutkan najis. Walaupun mudah untuk dibeli di farmasi, pengguna haruslah bijak ketika menggunakan ubat ini kerana ia boleh membahayakan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apakah ubatan yang sesuai untuk anda.

Bersenam

Amalan bersenam boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dengan mempercepatkan masa yang diambil oleh makanan untuk bergerak melalui usus besar sambil mengehadkan air yang diserap dari najis. Najis yang kering dan keras adalah sukar untuk disingkirkan. Selain itu, aktiviti sukan seperti senaman aerobik (contoh: berenang, berjoging, berbasikal, berlari, bola sepak dan lain-lain) juga boleh membantu merangsang pengecutan otot usus, seterusnya mengawal pergerakan usus.