Cara Mengeluarkan Air Dalam Telinga | Ketika mandi air telah memasuki telinga sehingga berdenggung dan berdenyut berhari-hari membuatkan anda tidak begitu selesa. Ia membuatkan anda tidak berasa selesa dan aman untuk kehidupan seharian. Jika dibiarkan kondisi telinga akan mengalami infek dan jangkitan bakteria.

Ada cara dan teknik terbaik untuk mengeluarkan air dalam telinga dengan mudah dan berkesan. Anda perlu mencuba beberapa langkah atau teknik yang sesuai seperti di bawah ini.

Cara Mengeluarkan Air Dalam Telinga

Proses ini ada yang mudah dan selesa untuk anda lakukan, mari cuba.

1. Baring mengiring – Anda hanya perlu mencuba untuk berbaring secara mengiring mengikut arah mana telinga yang dimasuki air, contohnya telinga kanan dimasuki air dan anda perlu mengiring sebelah kanan untuk jangka waktu beberapa minit sehingga airnya keluar.
2. Goyang telinga atau memasukan air setitik dua – cara ini selalu dilakukan untuk cepat adakalanya berjaya dan adakala agak susah sikit, caranya anda perlu masukkan setitis dua di telinga yang dimasuki air dan goyang seterusnya anda merendah kepala mengikut telinga mana yang dimasuki air, jika kanan anda rendahkan sebelah kanan dan goyangkan. InsyaAllah berjaya.
3. Mengunyah – Hal ini nampak pelik sebenarnya ada kena mengena, jika anda mengunyah atau memakan sesuatu pergerakan mulut anda akan merasang dan secara automatik akan melibatkan pergerakan otot telinga membuatkan ruang atau lubang telinga seperti lemas dan digoyang, insyaAllah mudahan berjaya.
4. Gunakan wap – caranya ambil air panas atau suam atau pun wap yang terhasil dari masakan atau anda mengguakan dan wapnya biar terkena di kawasan telinga, insyAllah dengan iziNYA berjaya.
5. Gunakan Hair Dryer – caranya anda gunakan hair dryer dengan suhu yang sesuai dan talakan ke telinga anda yang dimasuki air agar air di dalam telinga akan mengeri dan berjaya dikeluarkan.
6. Ubat telinga – anda boleh dapati ubat telinga di farmasi-farmasi berdekatan dengan anda, caranya titiskan ubat telinga di bahagian telinga yang dimasuki air dan biarkan seketika, selepas itu mengiring ikut arah telinga yang dimasuki air tadi, insyaALLAH berjaya. Ada ubat telinga mempunyai alkohol atau hidrogern proksida yang dapat membuang kotoran. Sebelum beli bertanya dahulu dengan ahli farmasi.

Hal ini banyak dilakukan ketika telinga seseorang itu dimasuki air, dan kenapa tidak digunakan seperti cotton bad, ini kerana cotton bad dikhuatiri akan melukakan telinga anda dan menyebabkan lagi berisiko di jangkiti bakteria.

Cara-cara ini juga boleh diguna pakai jika ada serangga memasuk telinga atau membersihkan telinga, lihat mana yang bersesuainya, jika tidak berjaya pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk menerima rawatan atau nasihat yang lebih baik.

Semoga berkongsian Cara mengatasi telinga yang di masuki air ini amat berguna kepada anda dan bersesuainya dengan cara anda.