CARA QADA SOLAT SUBUH KERANA TERTIDUR

Pengertian qada’ menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.

BACA JUGA DISINI: CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE

BILAKAH WAKTU QADA’ SOLAT?

Ketika perintah solat untuk dilakukan dalam waktu yang ditentukan, ia juga dikenal sebagai al’adaa ‘(segera) sedangkan ketika solat itu dilakukan di luar waktunya, maka itu disebut al-qadha’ (ganti).

Sebahagian besar ulama menyatakan bahawa wajib untuk bersegera dalam qadha ‘solat yang terlewat, tidak kira sama ada solat itu terlewat kerana alasan yang dibenarkan oleh syara’ atau sebaliknya menurut hadis umum:

“Sesiapa yang tertinggal solat kerana lupa maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya”

Sahih al-Bukhari (597) and Sahih Muslim (1598)

Di sisi mazhab Syafie para ulama’ memperincikan masalah ini seperti berikut: sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti tertidur atau lupa yang tidak melampaui had, maka sunat baginya untuk segera menqadha’ solatnya, namun sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syar’ie maka wajib baginya untuk segera menqadha’ solatnya.

Disunatkan bagi seseorang untuk menqadha’ solat-solat yang ditinggalkan secara tertib iaitu menqadha’ solat subuh kemudian solat zohor, atau solat zohor kemudian solat asar dan seterusnya. Begitu juga diwajibkan bagi seseorang untuk menqadha’ solat yang ditinggalkan tanpa uzur syar’ie terlebih dahulu ke atas solat yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie.

Di sisi mazhab Syafie hukum bersegera menqadha’ solat adalah wajib bagi orang yang meninggalkannya tanpa uzur syar’ie dan sunat (menqadha’ solat) sekiranya seseorang meninggalkannya kerana uzur syar’ie. Dan keadaan demikian ialah ketika mana dia yakin tidak luput waktu solat fardhu tersebut. Justeru, berbalik kepada persoalan di atas, maka disunatkan untuk bersegera menqadha’ solat terlebih dahulu kemudian mengerjakan solat fardhu tunai, dan hal itu tidaklah wajib baginya kerana luput waktu solat tersebut disebabkan oleh uzur syar’ie.

NIAT QADA SOLAT SUBUH BERSERTA MAKSUD

“Sahaja Aku solat fardhu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

CARA QADA SOLAT SUBUH

1. Niat mengerjakan solat qada’ subuh berdasarkan gambar diatas
2. angkat takbir dan melafazkan takbir “Allahu Akbar“
3. membaca doa Iftitah, surah Al- Fatihah dan surah – surah lazim seperti surah Al Masad
4. angkat takbir dan melafazkan takbir “Allahu Akbar“
5. rukuk dan membaca lafaz rukuk
6. Iktidal – berdiri daripada rukuk dan membaca lafaz iktidal
7. sujud dan membaca lafaz sujud
8. duduk diantara dua sujud dengan lafaznya
9. sujud dan membaca lafaz sujud
10. berdiri semula berserta takbir “Allahu Akbar“
11. membaca surah Al- Fatihah dan surah – surah lazim seperti surah Al Nasr
12. angkat takbir dan melafazkan takbir “Allahu Akbar“
13. rukuk dan membaca lafaz rukuk
14. Iktidal – berdiri daripada rukuk dan membaca lafaz iktidal
15. sujud dan membaca lafaz sujud
16. duduk diantara dua sujud dengan lafaznya
17. sujud dan membaca lafaz sujud
18. duduk tahiyat akhir dan lafaznya
19. memberi salam tahiyat akhir