Solat Sunat Sebelum Subuh merupakan solat sunat Rawatib iaitu mengiringi solat fardu 5 waktu. Solat sunat ini didirikan bagi menyempurnakan kekurangan yang ada pada solat fardu.

Solat Sunat Sebelum Subuh termasuk dalam solat sunat yang digalakkan (muakkad).

Baca: Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas – Rumi

Dalil Pensyariatan dan Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh

Ibnu Umar ra menceritakan: Saya memelihara 10 rakaat daripada Nabi Muhammad SAW, iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib di rumah Baginda, 2 rakaat selepas isyak di rumah Baginda, dan 2 rakaat sebelum subuh. Pada waktu itu Nabi Muhammad SAW tidak diganggu, iaitu tidak didatangi tetamu. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah katanya Rasulullah bersabda: Sesiapa yang bersungguh-sungguh melazimkan 12 rakaat (solat sunat) pada siang hari dan malam, dia masuk syurga. 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh. – Hadis Riwayat Nasa’i

Daripada Aisyah, daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya: Dua rakaat Fajar adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya. – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Aisyah, katanya: Tiada solat sunat yang lebih diiltizamkan oleh Nabi SAW daripada dua rakaat fajar. – Hadis Riwayat Bukhari

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar musuh). – Hadis Riwayat Ahad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at Tahawi.

Saidatina Aisyah melaporkan: Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga dua rakaat sebelum solat subuh. – Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

Solat sunat yang dilakukan pada tempoh yang tidak lama

Saidatina Aisyah melaporkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada Baginda membaca al Fatihah ataupun tidak. – Hadis Riwayat Ahmad

Digalakkan untuk membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al Ikhlas pada rakaat kedua.

Saidatina Aisyah melaporkan, Rasulullah membaca ‘QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN’ dan ‘QUL HUWALLAAHU AHAD’ dalam solat sunat subuh – Hadis Riwayat Ahmad dan at Tahawi.

Jabir melaporkan, seorang lelaki membaca ‘QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN’ dalam rakaat pertama sehingga akhir surah, maka Nabi menjelaskan, ‘Orang ini mengenali Tuhannya.’ Dan pada rakaat kedua dia membaca ‘QUL HUWALLAAHU AHAD’ sehingga akhir surah. Nabi menyatakan,’Orang ini beriman dengan Tuhannya.’ – Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan at Tahawi

Cara Solat Sunat Sebelum Subuh

1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat Solat Sunat Sebelum Subuh

ATAU

ATAU

2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’ sambil berniat ‘Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala’

3.Membaca Surah Al Fatihah

4.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran.

Digalakkan untuk membaca Surah Al Kafirun

5.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

6.Iktidal

7.Sujud pertama

8.Duduk antara dua sujud

9.Sujud Kedua

10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’

1.Membaca Surah Al Fatihah

2.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran.

Digalakkan untuk membaca Surah al Ikhlas

3.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

4.Iktidal

5.Sujud pertama

6.Duduk antara dua sujud

7.Sujud Kedua

8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir

9.Memberikan salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Palingkan muka ke sebelah kiri, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Alhamdulillah. Selesai

Doa Selepas Solat Sebelum Subuh

Ejaan Rumi: Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr

Terjemahan Maksud: Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.