6. Lampu malap
Cahaya yang terlalu terang, berkelip, walaupun dari skrin komputer, boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Jika anda terdedah kepada cahaya ini, tutupkan langsir tingkap anda.

Pakai cermin mata jika anda berada di luar. Jika perlu, anda boleh menambah skrin anti-silau untuk komputer anda dan pilih lampu spektrum waktu siang dalam fungsi lampu anda.

Tip hilangkan sakit kepala kepada mereka berkerja di pejabat yang perlu dicuba!

7. Kurangkan tekanan pada kulit kepala

Ikatan rambut yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Kesakitan akibat tekanan dari luar seperti memakai topi, ikatan kepala (headband) atau pemakaian goggle yang terlalu ketat juga boleh menyumbang kepada sakit kepala.

Atau jika anda bertudung, buka sebentar tudung anda untuk memberikan pengudaraan kepada kepala anda.

Kajian menunjukkan, individu wanita yang melonggarkan ikatan rambut mereka akan kehilangan rasa sakit kepala selepas itu.

8. Urutan
Cuba lakukan dengan sendiri urutan dengan mengurut leher secara perlahan untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul akibat tekanan.

Ia merupakan antara cara mudah untuk menghilangkan sakit kepala.

9. Ketenangan
Tidak kira apa pilihan anda, sama ada regangan badan, yoga, meditasi atau regangan otot progresif, pastikan anda tahu bagaimana untuk kekal bertenang apabila diserang sakit kepala.

Anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sekiranya terdapat kekejangan otot pada leher anda.

10. Ubatan
Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi yang dapat meredakan dan membantu menghilangkan sakit kepala.

Pastikan anda mengambil ubatan tersebut mengikut arahan pada label:

* Pilih cecair berbanding pil. Badan anda menyerapnya lebih pantas.
* Ambil ubat tahan sakit hanya apabila anda merasa sakit. Pastikan anda hanya mengambilnya dalam dos yang kecil.
* Jika anda mengalami sakit perut apabila diserang sakit kepala, sila dapatkan bantuan doktor.
* Dapatkan pendapat doktor tentang apa yang perlu dielakkan untuk mengelakkan sakit kepala dari berulang dalam jangka masa terdekat.

Apa yang penting, anda perlu berbincang dengan doktor tentang simptom sakit kepala yang anda hadapi dan jangan cuba untuk hilangkan sakit kepala anda secara sendiri tanpa nasihat doktor.