#8. Perhatikan paras gula darah anda sebagai cara turunkan gula dalam darah

Mengukur dan memantau tahap glukosa darah juga dapat membantu anda mengawalnya.

Contohnya, dengan menjejaki paras gula darah boleh membantu menentukan sama ada anda perlu membuat penyesuaian dalam makanan atau ubat-ubatan.

Ia juga akan membantu anda mengetahui bagaimana reaksi badan terhadap makanan tertentu.

#9. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk turunkan bacaan gula dalam darah
Tidur yang mencukupi amat diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Tabiat tidur yang buruk dan kurang rehat juga boleh mempengaruhi bacaan gula dalam darah dan kepekaan insulin.

Tabiat ini dapat menambah selera makan sekali gus meningkatkan berat badan anda.

Kurang tidur boleh mengurangkan pembebasan hormon pertumbuhan dan meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stres.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kawalan gula darah.

#10. Ambil makanan yang kaya dengan kromium dan magnesium

Tahap gula darah yang tinggi serta penyakit diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien.

Contohnya kekurangan mineral kromium dan magnesium.

Kromium terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan lemak.

Ia juga membantu mengawal kadar gula dalam darah, dan kekurangan kromium boleh menyebabkan anda tidak toleran terhadap karbohidrat.

Dua kajian melibatkan pesakit diabetes menunjukkan bahawa kromium mempunyai manfaat untuk kawalan bacaan gula darah jangka panjang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian lain yang menunjukkan hasil kajian yang sebaliknya.

Makanan yang kaya kandungan kromium termasuklah kuning telur, produk bijirin penuh, kopi, kekacang, kacang hijau, brokoli dan daging.

Magnesium juga terbukti bermanfaat untuk kadar gula dalam darah, dan kekurangan magnesium dikaitkan dengan risiko diabetes yang lebih tinggi.

Dalam satu kajian, individu dengan pengambilan magnesium tertinggi mempunyai risiko 47% lebih rendah untuk menghidap diabetes.

Makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah sayuran berdaun gelap, biji-bijian, ikan, coklat gelap, pisang, avokado dan kekacang.

Kesimpulan
Untuk mengawal bacaan gula dalam darah, ia bukanlah sesukar yang disangka. Anda tidak akan keliru lagi jika mengikuti cara turunkan gula dalam darah seperti yang dinyatakan di atas ini.