Walau bagaimanapun, proses menaikkan berat badan secara tidak sihat boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:

1. Masalah kardiovaskular.
2. Kolesterol tinggi.
3. Tekanan darah tinggi.
4. Kencing manis.

Makanan sihat untuk naikkan berat badan
Anda perlu memberikan prioriti kepada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan.

Protein sangat penting memandangkan ia boleh membantu anda untuk membina otot.

* Karbohidrat. Karbohidrat bagus untuk mereka yang ingin naikkan berat badan. Cuba elak diet rendah karbohidrat memandangkan ia tidak begitu efektif bagi mereka yang ingin menaikkan berat
* Minyak sihat. Minyak zaitun dan minyak kanola sangat bagus untuk mereka yang ingin menaikkan berat badan. Pengambilan kekacang, buah avokado dan mentega kacang turut boleh membantu
* Susu. Susu adalah antara makanan terbaik yang anda boleh tambah masuk dalam pemakanan anda. Ia mengandungi lemak, kalsium, vitamin D dan protein yang diperlukan oleh badan. Susu boleh membantu anda meningkatkan berat badan. Malah, jurulatih kecergasan sering menyarankan susu kepada mereka yang ingin menambah berat badan

Jika anda tidak suka minum susu, anda boleh mengambil bahan tenusu lain seperti yogurt, mentega dan keju.

Kalau anda ingin mengambil makanan ringan, ambil pada kuantiti sederhana.

Matlamat kita di sini adalah untuk menyeimbangi kenaikan berat badan dan mengoptimumkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Senaman

Ini cara menaikkan berat badan yang paling utama.

Berbeza dengan apa yang kebanyakan individu fikirkan, proses naikkan berat badan bukan sahaja melibatkan penambahan lemak badan.

Otot juga merupakan komponen utama dalam mengawal keseimbangan berat.

Otot lebih tumpat jika dibandingkan dengan lemak. Oleh itu, jangan anggap dengan tidak bersenam anda boleh senang-senang naik berat badan.

Maka, anda perlu memfokuskan kepada pembinaan otot untuk kekal sihat sambil memastikan berat badan terkawal.

Anda digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 150 minit setiap minggu.

Ubah gaya hidup
Salah satu daripada tip berkesan untuk menambah berat badan dalam masa sebulan adalah memastikan kadar kenaikan itu konsisten.

Anda tidak digalakkan untuk menaikkan berat badan secara mengejut dalam tempoh masa yang singkat.

Ia berikutan badan anda mungkin tidak biasa dengan perubahan ketara yang dialami.

Matlamat proses menaikkan berat ini adalah untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Ia bukan sekadar nombor di atas skala penimbang semata-mata.

Perubahan gaya hidup yang anda amalkan perlulah realistik untuk jangka masa panjang. Ia bukan semata-mata anda ingin menambah berat badan dalam masa sebulan dua sahaja.

Ia perlu melibatkan fasa kawalan bagi mengekalkan berat pada nilai yang sihat.

Konklusi
Matlamat jangka masa panjang anda perlulah berkait dengan capaian nilai berat dan jisim berat badan (BMI) yang sihat.

Ini bermakna, pemakanan sihat, senaman dan tip kesihatan lain perlulah diamalkan secara konsisten.

Jika anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat (tidak bersenam, makan makanan tidak sihat) semasa cuba menambah berat badan, kawalan berat akan menjadi sukar kelak.

[embed-health-tool-”bmi”]