Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.

Isi Kandungan

* Maksud Qada Solat
* Hukum Qada Solat
* Niat Qada Solat * Niat Qada Solat Subuh
* Niat Qada Solat Maghrib
* Niat Qada Solat Isyak
* Niat Qada Solat Zuhur
* Niat Qada Solat Asar

* Cara Qada Solat Yang Tertinggal
* Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama
* Waktu Qada Solat
* Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?
* Adakah Perlu Qada Solat Jika Pernah Murtad?
*
* Masalah-Masalah Berkaitan Qada Solat * Hukum Tinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit
* Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak?
* Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?
* Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan
* Cara Qada Solat 6 Waktu Solat
* Bolehkah Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?
*
* Bolehkah Mengqasarkan Solat Yang Ditinggalkan Semasa Musafir?
* Hukum Qasar Solat Qada Pada Perjalanan Terdahulu Dalam Perjalanan Yang Lain
* Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir
* Adakah Perlu Baca Kuat JikaQada Maghrib Pada Waktu Siang Hari?
* Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?
* Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?
* Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?

* Penutup: Solat Yang Tertinggal Wajib Diganti

Maksud Qada Solat
Apakah maksud qada solat?

Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya. Oleh itu, qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal.

Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.

Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.

Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.

Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.

Hukum Qada Solat
Apakah hukum qada solat?

Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut.

Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar.

Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.

Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.

Niat Qada Solat
Bagaimanakah niat untuk qada solat?

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:

Niat qada Solat Subuh adalah seperti berikut:

Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala

> Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat qada Solat Maghrib adalah seperti berikut:

Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

> Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

(Video) Bagaimana Nak Ganti Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja – Ustaz Azhar Idrus Official

Niat Qada Solat Isyak
Niat qada Solat Isyak adalah seperti berikut:

Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

> Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat qada Solat Zuhur adalah seperti berikut:

Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atinQadaan Lillahi Ta’ala

> Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat qada Solat Asar adalah seperti berikut:

Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

> Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Cara Qada Solat Yang Tertinggal
Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itudengan segera.

Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.

Cara mengqadakan solat adalah seperti berikut:

1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak bolehdiqasar dan jamak).

2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir.

Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar.

(terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama)

3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir.

4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari.

Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).

Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.

5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka.

6. Sunat mengerjakanqada solat secara tertib(mengikut urutan).

Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.

Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.

Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.

(Video) Cara Lafaz Niat Solat QADHA – Ustaz Azhar Idrus

Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama
> Bagaimana hendak qada solat yang tidak terkira banyaknya?

Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya.

Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti.

Contohnya:

Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai.

Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan.

Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti.

Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya.

Waktu Qada Solat
Solat yang tertinggal wajib disegerakan qada.

Manakala harus hukumnya melewatkan qada solat apabila pada waktu yang sama seseorang itu berhadapan dengan keperluan lain yang lebih mendesak.

Contohnya dia terpaksa mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya.

Dengan kata lain, walaupun sebaik-baiknya dilakukan sesegera mungkin, namun ada kelonggaran untuk mengerjakannya dalam tempoh waktu yang panjang.

Contohnya seorang muslim yang bertahun-tahun meninggalkan solat, insaf dan mahu menebus dosa-dosanya.

Wajib untuknya mengerjakan solat lima waktu seperti biasa di samping berusaha mengqada solat yang ditinggalkan.

Apabila tidak pasti jumlahnya, perlu dilakukan solat qada sehingga dirasakan yang tanggungannya telah selesai.

Dibolehkan mengqada satu atau lebih jenis solat pada setiap waktu solat.

Sama ada selepas atau sebelum ditunaikan solat fardu.

Sehingga dirasakan hutang solatnya dengan Allah SWT telah selesai.

Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?
Wanita yanghaid dan nifastidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.

Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:

* Wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu Asar perlu qada solat Zohor.
* Dan wanita yang kering darahnya dalam waktu Isyak perlu qada solat Maghrib.

Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.

Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu.

? Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar?

Adakah Perlu Qada Solat Jika Pernah Murtad?
Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar.

Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia mengqada solatnya selama dia murtad.

Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.

Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.

Adakah Wajib Qada Solat Jika Mabuk, Hilang Akal & Tidak Sedarkan Diri?
Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..

… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.

Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.

Masalah-Masalah Berkaitan Qada Solat
Di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi:

Hukum Tinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit
> Bagaimana cara mengqada solat yang tertinggal kerana sakit atau terlupa?

Jawapan:

Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya.

Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas.

Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya.

Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak?
> Jika saya mengqada solat isyak pada waktu petang, adakah saya disunatkan membaca dengan kuat?

(Video) USTAZ JAFRI ABU BAKAR – Cara Ganti Solat Fardu Yang Tertinggal Lama

Jawapan:

Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang.

Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada.

Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar.

Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?
> Saya terlepas solat zohor kerana leka bermain. Apabila sampai di rumah, waktu asar juga hampir tamat. Adakah saya boleh menunaikan solat asar dahulu sebelum mengqada solat zohor?

Jawapan:

Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib.

Dalam keadaan di atas, solat asar perlu didahulukan daripada solat qada zohor.

Bagaimanapun, meninggalkan solat kerana sibuk bermain adalah berdosa, kita perlu bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan
> Sekiranya saya meninggalkan solat zohor, asar dan maghrib dan saya mahu bersolat isyak. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan solat qada?

Jawapan:

Tunaikan solat fardu isyak tunai dahulu.

Selepas itu kerjakan solat qada mengikut tertib iaitu solat qada zohor, asar dan seterusnya maghrib.

Cara Qada Solat 6 Waktu Solat
> Bagaimana hendak mengqada solat-solat fardu yang ditinggalkan jikalau jumlahnya enam iaitu, dua waktu solat maghrib dan satu waktu solat isyak, subuh, zuhur dan asar?

Jawapan:

Harus mengqada solat-solat ini tanpa mengikut tertibnya.

Bolehkah Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?
> Saya meninggalkan solat dalam waktu yang lama dan kini berusaha mengqada sedikit demi sedikit. Adakah boleh orang yang berhutang solat fardu seperti saya melakukan solat sunat tahiyatul masjid?

Jawapan:

Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat.

Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib.

Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk.

Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid.

Kerana yang disyaratkan pada solat tahiyatul masjid, adalah solat selepas masuk ke dalam masjid dan sebelum duduk.

Solat ini adalah sebagai penghormatan kepada masjid.

Sudah tentu solat qada yang dilakukan menepati kehendak solat tahiyatul masjid.

Qada Solat Secara Jamak & Qasar
> Semasa bermusafr menaiki kapal terbang saya meninggalkan solat zohor dan asar. Selepas sampai ke destinasi, adakah saya boleh mengqada kedua-dua solat ini dengan menjamak dan mengqasarkannya?

Jawapan:

Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat.

Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat.

Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya.

Bolehkah Mengqasarkan Solat Yang Ditinggalkan Semasa Musafir?
> Saya pernah meninggalkan solat isyak ketika musafir. Adakah saya boleh mengqadanya ketika bermukim dengan mengqasarnya?

Jawapan:

Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat.

Solat isyak itu perlu diqada penuh empat rakaat (tamam)

Hukum Qasar Solat Qada Pada Perjalanan Terdahulu Dalam Perjalanan Yang Lain
Soalan:

> Dalam permusafiran yang lalu, saya pernah meninggalkan solat zohor. Adakah saya boleh qada solat tersebut dengan mengqasarnya ketika saya dalam pemusafiran yang lain?

Jawapan:

Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini.

Secara umumnya:

Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain.

Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut.

(Video) PKP Bersama UAI – Waktu Bila Boleh Qadha Solat?

Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir
> Ketika bermusafir, adakah saya boleh mengqada solat-solat yang saya tinggalkan ketika bermukim dengan mengqasarnya?

Jawapan:

Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir.

Adakah Perlu Baca Kuat JikaQada Maghrib Pada Waktu Siang Hari?
> Sekiranya saya mengqada solat maghrib pada waktu siang, adakah saya disunatkan membaca surah al-Fatihah dengan suara yang kuat?

Jawapan:

Apabila melakukan solat pada waktu siang tidak disunatkan menguatkan bacaan walaupun solat yang diqada itu adalah solat waktu malam.

Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?
> Saya qada solat asar pada waktu malam selepas bersolat isyak secara tunai. Adakah saya disunatkan membaca surah dengan kuat?

Jawapan:

Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam.

Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?
> Seorang jiran mengalami masalah mental yang serius selama dua tahun. Selepas menjalani rawatan, dia kembali pulih. Adakah dia perlu qada semua solat fardu yang ditinggalkannya?

Jawapan:

Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu.

Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun.

Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan.

Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?
> Saya pernah pengsan ketika menyertai pertandingan marathon. Saya tidak sedarkan diri jam 1 hingga 5 petang. Adakah saya perlu mengqada solat zohor yang terlepas ketika saya pengsan?

Jawapan:

Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

Ini kerana pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila.

Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat.

Penutup: Solat Yang Tertinggal Wajib Diganti
Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.

1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.

(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)

2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.

Sabda Nabi:

> Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)

Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)
3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

> Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya

— Al-Ma’un 107:4-5
Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

(Video) Bagaimana cara untuk qadha solat fardhu yang tertinggal pada masa lalu?

Artikel Berkaitan: