Bagaimana cara Solat Dhuha dan bacaan Doa Dhuha?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Dhuha secara lengkap, langkah demi langkah.

Apa yang penting:

Setiap bacaan dipermudahkan dengan transliterasi Rumi (untuk anda yang sukar membaca tulisan arab)

Mari kita mulakan..

Maksud Dhuha
Apakah maksud Dhuha?

Secara bahasa, al-Dhuha (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”

Oleh itu solat Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.

Solat dhuha merupakan salah satu dari solatnafilah(sunat) yang dituntut.

Solat Sunat Dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki.

Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

> Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.

— Riwayat Muslim
Waktu Solat Dhuha
Bilakah waktu Solat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya.

— Iaitu sekitar minit selepas masuk waktu syuruq

Ini berdasarkan hadis:

> Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”

— Riwayat Imam Muslim
Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur.

Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).

Boleh juga untuk mendirikan terus Solat Sunat Dhuha sebaik sahaja masuk waktu Solat Sunat Isyraq, tanpa melakukan solat sunat Isyraq.

Walau bagaimanapun, lebih afdhal melakukan solat sunat Isyraq terlebih dahulu, kemudian barulah solat sunat Dhuha.

Rakaat Solat Dhuha
Berapakah bilangan rakaat Solat Sunat Dhuha?

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat– dengan setiap 2 rakaat 1 salam.

Perlaksanaan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat Solat Dhuha yang dikerjakan oleh Baginda.

Maka beliau menjawab Baginda bersolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.

> Rasulullah ﷺ mengerjakan solat dhuha 8 rakaat dengan memberi salam setiap 2 rakaat.

— Riwayat Imam al-Baihaqi
Kedua-dua riwayat ini terdapat dalam sahih muslim.

Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam
> Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.

Berikut adalah jawapan yang dikongsikan olehSahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:

Sunathukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam ituharushukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).

Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.

Daripada Ummu Hani R.anha:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:

> Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.

— Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.

Niat Solat Dhuha
Bagaimanakah niat Solat Sunat Dhuha?

Lafaz niat Solat Sunat Dhuha adalah seperti berikut:

Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa

Maksudnya:

> Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Solat sunat Dhuha lebih afdhal dikerjakan seorang diri dan tidak sunat dikerjakan secara berjemaah.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Bagaimana cara mengerjakan Solat Dhuha?

Cara Solat Dhuha dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat yang lain.

Ringkasan Cara Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah ringkasan untuk mengerjakan solat ini:

1. Niat Solat Dhuha
2. Rakaat Pertama
3. Rakaat Kedua
4. Membaca Doa Dhuha

Di bawah ini merupakan cara lengkap melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Dhuha

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Dhuha dalam hati:

Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

> Sahaja aku solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihahadalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

3. Kemudian, Bacalah Surah Asy-Syams

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.

Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.

Tetapi antara beberapa surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan adalah surah asy-Syams:

Tetapi antara beberapa surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan adalah surah asy-Syams:

> Washshamsi waduhaha. Walqamari itha talaha. Wannahari itha jallaha. Wallayli itha yaghshaha. Wassamai wama banaha. Walardi wama tahaha. Wanafsin wama sawwaha. Faalhamaha fujooraha wataqwaha. Qad aflaha man zakkaha. Waqad khaba man dassaha. Kaththabat thamoodu bitaghwaha. Ithi inbaAAatha ashqaha. Faqala lahum rasoolu Allahi naqata Allahi wasuqyaha. Fakaththaboohu faAAaqarooha fadamdama AAalayhim rabbuhum bithanbihim fasawwaha. Wala yakhafu AAuqbaha

Maksud surah:

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; Dan bulan apabila ia mengiringinya; Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya); Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!” (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain asy-Syams

4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi Duduk IstirahatRakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbirintiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

12. Seterusnya Membaca Surah Adh-Dhuha

Selesai membacaal-Fatihah, maka disunatkan pula membaca Surah Adh-Dhuha:

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain asy-Syams & ad-Dhuha. Contohnya anda boleh gantikan dengan surahal-Kafirundanal-ikhlas.

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah ad-Dhuha.

> Wadduha. Wallayli itha saja Ma waddaAAaka rabbuka wama qala Walalakhiratu khayrun laka mina aloola. Walasawfa yuAAteeka rabbuka fatarda. Alam yajidka yateeman faawa. Wawajadaka dallan fahada. Wawajadaka AAailan faaghna. Faamma alyateema fala taqhar. Waamma assaila fala tanhar. Waamma biniAAmati rabbika fahaddith.

Maksud Surah:

Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi -(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

* Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Bacaan Dalam Sujud Akhir
Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

WaHab li Yaa-waH-Haabu ‘il-man Wa Hikmatan, Waar-zuq-niy, Yaa-raz-zza-qu Kun Liy Mu-saH-Ha-laa

Maksudnya:

Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Bacaan tasbih ini adalah sunat sahaja. Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.

18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukantahiyyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.

Apakah bacaan selepas Solat Dhuha?

Selepas memberi salam ketika habis solat, bacalah tasbih ini sebanyak 10 kali:

Tasbih Selepas Solat Dhuha
SubHaaNallahi Walhamdulillah Wa Laa IlaHa Illallahu Wallahu Akbar, WaLaa HawLa WaLaa Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil ‘Aziim, ‘AaDaDa KholQil-Lah WaBiDaWaaMi Mulkillah

Maksudnya:

> Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar. Dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama mana kekalnya kekuasaan Allah.

Doa Selepas Solat Dhuha
Bagaimana bacaan Doa Dhuha?

Dalam kitab I’anah al-Thalibin menyebutkan bahawa sunat membaca doa berikut selepas selesai melakukan Solat Sunat Dhuha.

(Transliterasi Rumi untuk Doa Dhuha juga turut disediakan)

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka

Walbahaa’a bahaa uka

Waljamaala jamaaluka

Walquwwata Quwatuka

Walqudrota Qudrotuka

Wal’ismata ‘ismatuka

Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu

Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu

Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu

Wa’in kaana harooman fathohhirhu

Wa’inkaana ba’idan faqorribhu

Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin

Maksud Doa Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

* Doa ini disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi (yang terkenal dengan gelaran As-Sayyid al-Bakri) dalam kitabnya I’anah ath-Thalibin
* Selain itu anda juga boleh membacadoa selepas solat ini

Kelebihan Solat Dhuha
Apakah kelebihannya mendirikan Solat Sunat Dhuha?

Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan Solat Sunat Dhuha.

Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan Dhuha:

1.Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah.

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,

> Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”

— Hadis Riwayat Bukhari

2. Dibangunkan Sebuah Rumah di Syurga.

Bagi golongan yang rajin mengerjakan Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW,

> Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”

— Hadis Riwayat al-Thabrani

3. Mendapat Rezeki Dengan Segera.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

> Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

— Hadis Riwayat Abu Dawud

4. Mendapat Pahala Umrah

Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,

> Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

— Sahih Al-Targhib: . Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu.

Rasulullah ﷺ bersabda:

> Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

6. Masuk Ke Dalam Syurga Melalui Pintu “Adh-Dhuha”

Rasulullah ﷺ bersabda:

> Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Adh-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, seseorang akan menyeru: “Di manakah orang yang selalu mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu.Masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah.”

— Riwayat Imam Ath-Thabrani

Penutup: Ganjaran Besar Menanti
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu Dhuha”.

Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

— Ini bermaksud Dhuha adalah waktu yang sangat penting.

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan Solat Sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.

Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Nota Rujukan:

1. Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
2. Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
6. Ensiklopedia Solat: Solat Dhuha — TV3 Official [Pautan]
7. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
8. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
9. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]

Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!

Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.