Cara join dan buat program affiliate Shopee di Malaysia (dan dapat komisennya).

Sebelum pergi lebih jauh lihat dahulu laporan komisen hasil daripada mengikuti program affiliate ini:

Jika anda berminat, dalam post ini saya akan terangkan perkara berikut:

* Cara mendaftar program affiliate Shopee
* Cara membuat link affiliate Shopee

Tanpa membuang masa, kita lihat bahagian pendaftaran dahulu.

Daftar program affiliate Shopee
Berbeza dengan program affiliate Lazada, Shopee tidak menjalankan program affiliate sendiri.

Mereka menggunakan khidmat orang tengah iaitu Involve Asia.

Oleh itu, untuk menyertai program affiliate ini kita kena daftar dahulu dengan Involve Asia. Langkahnya seperti berikut:

1. Daftar dengan Involve Asia

Untuk mendaftar pergi ke pautan berikut: Daftar Involve Asia.

Paparan pertama berikut akan muncul:

Dalam ruangan ini anda diminta untuk mengisi butir-butir ‘property’ anda.

‘Property’ yang dimaksudkan ini adalah media seperti laman web @ blog, facebook, instagram, youtube dan sebagainya… yang merupakan milik anda dan akan digunakan untuk program affiliate ini.

Sebagai contoh jika anda menggunakan Facebook sebagai medium utama menjalankan program ini, anda masukkan url facebook anda pada ruangan url, Kemudian nama facebook anda, kemudian channel, dan seterusnya sedikit penerangan tentang facebook tersebut.

(Pastikan url atau nama property betul untuk memudahakan proses pengesahan)

Pada bahagian channel anda boleh pilih yang bersesuaian dengan strategi anda. Contohnya untuk facebook mungkin anda boleh pilih kupon atau influencer.

Kalau anda tak pasti pilih sahaja ‘other’.

Berikut merupakan contoh bahagian ‘Property information’ yang siap di isi:

Bahagian seterusnya, bahagian “property categorization’ adalah seperti berikut:

Jangan bimbang, ia mungkin nampak sedikit ‘menyusahkan’ kerana susah nak pilih mana satu.

Pilih sahaja mana-mana yang terdekat, anda boleh ubah semula bila dalam akaun anda nanti.

Berikut merupakan contoh bahagian bahagian yang telah siap di isi:

Bahagian seterusnya adalah seperti berikut:

Untuk bahagian ini pilih ‘No‘.

Bahagian seterusnya adalah ‘Personal information’ anda:

Butir-butir ini akan digunakan untuk membuat akaun anda dalam Involve Asia.

Isikan butir-butir yang diminta. Jika anda tidak mempunyai / memiliki nama syarikat, masukkan sahaja nama anda.

Sila gunakan email yang boleh diakses dan pastikan anda ingat @ simpan pasword yang dibuat. Email anda juga berfungsi sebagai username anda nanti.

Siap isi teruskan dengan menekan butang ‘Submit’.

Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang anda daftarkan tadi. Anda kena klik link yang diberikan dalam email tersebut untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Selepas klik link yang diberikan, paparan berikut akan muncul:

Dengan ini siaplah pendaftaran anda dengan Involve Asia. Seterusnya kena tunggu kelulusan. Selalunya dalam 1-3 hari berkerja.

(Sementara menunggu kelulusan anda boleh lengkapkan dahulu profail anda terutamanya setting bahagian pembayaran).

PENTING: Jika anda tidak terima sebarang email, periksa bahagian ‘Spam’ email anda.

Gmail mengkategorikan email dari Involve Asia sebagai spam2. Apply program affiliate Shopee

Selepas pendaftaran anda dengan involve asia diluluskan, anda boleh terus untuk apply masuk program affiliate Shopee.

Pertama, login masuk ke dalam akaun Involve Asia anda: Involve Asia Publisher

(Terdapat dua jenis akaun, untuk affiliate adalah publisher)

Dashboard Involve Asia anda mungkin kelihatan seperti ini:

Pada bahagian atas terdapat menu. Klik pada: Partner > Advertiser Directory.

Paparan seperti berikut akan muncul:

Terdapat banyak program affiliate yang boleh anda sertai sini, tapi untuk kali ini kita nak daftar dengan Shopee sahaja dahulu.

Oleh itu, taipkan ‘Shopee’ pada ruangan ‘Search’, kemudian klik ‘Search’.

Program affiliate Shopee sepatutnya akan muncul:

Klik pada butang ‘Apply’ kemudian paparan soal jawab seperti berikut akan muncul:

Jawab soalan dengan ringkas tetapi menjawab soalan (jangan bagi bunga-bunga). Contohnya seperti berikut:

Siap isi klik pada butang ‘Submit’

Dan sekali lagi kita kena tunggu kelulusan permohonan kita. Kelulusan sepatutnya diterima dalam 1-3 hari bekerja.

Anda akan menerima email berkenaan kelulusan permohonan anda dan status ‘Pending’ akan hilang dan digantikan dengan butang ‘Generate Link’.

Langkah seterusnya adalah buat link affiliate anda.

Cara membuat link affiliate Shopee
Nota: Gunakan PC atau laptop agar lebih mudah untuk membuat link.

Klik pada menu ‘Promotion‘ anda boleh lihat beberapa cara yang disediakan oleh Involve Asia untuk anda buat link.

Dalam banyak-banyak cara tu, saya akan terangkan 1 cara sahaja iaitu:

Saya tak gunakan shoplink kerana saya mahu mengawal dimana link affiliate saya muncul. Jika anda guna shoplink, link akan dibuat secara automatik pada semua tempat dalam laman web anda berdasarkan keyword tertentu.

Widget Creator, Banner & Coupon pula tidak available untuk program affiliate Shopee (Setakat saya menulis post ini).

Datafeed Manager pula mungkin terlalu advance untuk digunakan.

So, tinggalah 1 pilihan iaitu – Deeplink.

(Bagi saya, sebenarnya deeplink adalah taktik terbaik untuk beraffiliate. Hampir seluruh komisen affiliate saya datang dari cara ini.)

Cara guna @ buat Deeplink
Klik pada menu: Promotion > Deeplink

Selain itu, anda boleh juga gunakan pautan ‘Browser Advertiser’ yang disediakan dalam ruangan ‘QUICK LINKS’ di Dashboard anda.

Kemudian klik pada butang ‘Generate Link’ yang terpapar:

Paparan seperti berikut akan keluar:

Mudah difahami dan senang untuk dipakai bukan?

Selanjutnya, buka tab baru pada pelayar browser anda dan lawati halaman rasmi Shopee:

Kemudian, cari produk yang ingin anda promosikan. Bila dah jumpa, copy url produk tersebut.

Sebagai contoh saya nak promosikan ‘Anti-theft Sling Bag’ ini:

Copy url produk:

(tips: klik pada bahagian url produk, gunakan shortkey ‘Ctr + A’ untuk select all dan ‘Ctr + C’ untuk copy)

Balik ke bahagian ‘Generate link’ untuk Shopee tadi, kemudian Paste url yang dicopy ke dalam ruangan ‘URL’.

Klik pada butang generate, link affiliate anda akan terpapar dalam ruangan ‘Generated Link’:

Seterusnya anda boleh klik (tik) pada pilihan ‘Shorten Link’ untuk menjadikan link affiliate anda lebih pendek dan senang diurus.

Berikut merupakan hasil akhir link affiliate Shopee saya untuk produk tadi:

/cljxkk

Link affiliate anda telah siap.

Seterusnya, bagaimana nak guna link ini?

Anda boleh jadikan link ini dalam bentuk text, contohnya:

“…Untuk melindungi barang-barang anda daripada si pencuri, anda mungkin mahu memilih beg anti-theft. Beg seperti ini sukar untuk dipotong…”

Dan sedikit kreatif anda boleh selitkan link dalam post seperti ini:

Contoh diatas diambil daripada post yang bertajuk: 12 Smartphone Murah Terbaik bawah RM500 di Malaysia 2019.

Bergantung dengan kreativiti anda.

Info / soalan berkaitan
Selanjutnya berikut merupakan info-info yang mungkin anda ingin tahu:

Berapa jumlah komisen minimum yang perlu sebelum boleh membuat pengeluaran?

Bergantung pada cara pembayaran yang anda pilih. Jika anda pilih untuk dibayar melalui ‘wire transfer‘ jumlah mimimum adalah RM80. Jika anda pilih ‘Paypal‘ jumlah minimum adalah RM400.

Berapa lama tempoh pembayaran akan dibuat?

Untuk Shopee, anda menunggu selama 90 hari. 45 hari untuk validation dan 45 hari untuk pembayaran.

Maksudnya selepas jumlah komisen anda melebihi jumlah minimum RM80/RM400, anda kena tunggu 45 hari untuk mereka memeriksa dan lagi 45 hari untuk urusan pembayaran.

(mungkin kurang sedikit dari 90 hari…)

Link saya kena klik, tapi barang tak dibeli. Masih boleh dapat komisen?

Ya boleh dengan syarat, si pengklik tadi membuat pembelian dalam tempoh 7 hari selepas klik link anda jika dia menggunakan aplikasi mobile shopee dan 30 hari jika dia menggunakan laman web shopee.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga baca infomasi daripada Shopee Offer Description

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

Selamat beraffiliate dengan Shopee dan terima komisen anda!

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! 👇[mailerlite_form form_id=2]