Review By admin / 4 years ago —Makanan, Makanan/Meal, Resepi

Sebenarnya bila bercakap tentang “sedap”, ianya merupakan satu perkara yang subjektif. Ada orang suka makan durian pasti akan suka dengan bubur kacang hijau yang dimasukkan durian. Kepada yang tidak suka makan durian, walaupun mereka suka makan bubur kacang hijau, saya pasti mereka tidak akan makan bubur kacang hijau durian betul? Jadi makna sedap adalah subjektif bagi setiap orang. Namun begitu, secara umumnya ramai yang tahu dan boleh membezakan antara makanan yang sedap dengan yang tidak sedap. Bagi saya pula, makna sedap adalah sesuatu yang boleh dimakan. Jadi di sini saya mahu berkongsikan dengan anda akan resepi bubur kacang hijau sedap.

Setakat ini, saya menyukai hampir ke semua jenis bubur. Saya suka makan bubur nasi, bubur pulut hitam dan juga bubur kacang hijau. Bubur McD pun saya suka termasuk bubur lambuk. Dari pemerhatian saya, ada 2 jenis bubur yang popular di Malaysia. Yang pertama adalah bubur berasaskan beras dan yang kedua adalah bubur berasaskan kekacang. Ya ada satu lagi jenis bubur yang popular di Malaysia iaitu bubur yang berasaskan tepung. Contohnya seperti bubur butir nangka. Pernah makan bukan?

Resepi bubur kacang hijau yang simple

Resepi Bubur Kacang Hijau Paling Asas
Ketika artikel ini ditulis, saya sudah berpengalaman membuat dan memasak bubur kacang hijau sebanyak 2 kali. Itupun kena tengok resepi bubur kacang hijau dahulu baru boleh buat. Kata isteri saya dulu, kalau hendak membuat bubur kacang hijau, kena masak gunakan dapur jenis pressure cooker. Kata beliau tujuannya adalah untuk cepat empuk masak kacang hijau yang keras tersebut. Saya mula berasa pelik dengan apa yang beliau cakap. Hehe.

Rendam kacang hijau selama 1 jam dengan air biasa

Kenapa saya pelik? Kerana sejak saya kecil sehinggalah saya berkahwin, keluarga saya memang tidak pernah mempunyai alat atau produk memasak yang bernama “pressure cooker” ini. Dan emak saya sendiri pun sudah banyak kali memasak bubur kacang hijau ini. Jadi di mana kegunaan pressure cooker itu? Saya tanyakan kepada isteri, beliau pernah tidak memasak sendiri bubur kacang hijau. Jawapannya adalah tidak pernah. Hanya melihat emak beliau yang buat begitu. Saya tersengih sahaja.

Dari bacaan di internet dan bertanya kepada emak saya, hendak lembutkan kacang hijau sebelum memasak bubur kacang, kita hendaklah rendam dengan air biasa selama beberapa jam. Itu sahaja caranya. Tidak perlu pressure cooker. Kalaulah wajib kena ada pressure cooker baru boleh buat bubur kacang hijau, alamatnya orang dulu dulu masak macam mana ya? Hehehe.

Bahan Bahan

* Kacang hijau satu paket, 4 gula merah, satu kotak kecil santan kelapa, sedikit garam dan 4 sudu gula pasir

Cara Memasak

* Saya rendam biji kacang hijau selama 1 jam. Lebih lama adalah lebih baik
* Saya rebus biji kacang hijau sampai agak lembut. 20% keras & 80% lembut
* Saya buang air rebusan. Masukkan air baharu dengan banyak dan juga santan
* Saya masukkan terus 4 gula merah, setengah sudu garam dan 4 sudu gula pasir
* Saya terus masak dengan api yang sederhana

Sebenarnya resepi bubur kacang hijau ini adalah dari pengalaman sendiri sahaja. Hanya cuba cuba sahaja. Fikir logik dan ingat balik emak dulu kalau masak bubur kacang hijau masukkan bahan apa? Bila saya cuba, ianya menjadi walaupun tidak sempurna. Tetapi bila kali kedua dan seterusnya kita masak benda yang sama, biasanya kita akan semakin baik dalam menyediakan hidangan menu tersebut betul? Saya harap perkongsian ringkas ini membantu anda menyediakan hidangan bubur kacang hijau yang sedap untuk anda dan keluarga anda. Bye.

>>> Dapatkan Biji Kacang Hijau Di Sini – [ Click Here ] <<<<>