Pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 3 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. hu.hu.hu.

Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

Cara Berkesan Mengatasi Masalah Susah Tidur
1. Salah satu punca susah tidur ialah pada waktu siang kita asyik berfikir dan berfikir. Inilah menyebabkan otak kita terus menerus berfikir diluar kawalan tanpa disedari. So cara terbaik ialah kurangkan berfikir di siang hari. Caranya ialah dengan banyak mendengar radio (bukan menonton tv). Ini dapat mengalihkan minda kita dari asyik berfikir kepada mendengar radio. Dan elok dengar radio IKIM FM kerana ia dalam menenangkan minda, emosi dan rohani kita dengan cara lebih baik melalui terapi Islam. Memang lebih berkesan mendengar radio IKIM si sepanjang siang hari. InsyaAllah malam akan mudah untuk tidur.

Tips tambahan mengatasi masalah susah tidur.

2. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.

3. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam.
.

4. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur

5. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.

6. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

7. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.

8. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.

10. Cara ini saya dapat dari cerita drama Mentalist di kaca TV. Memang mudah dan sangat berkesan mengatasi masalah susah tidur. Semasa mula baring di katil, tarik nafas panjang dan kira satu. Kemudian hembus nafas panjang dan kira dua. Seterusnya tarik nafas panjang dan kira 3 dan kemudian hembus nafas panjang dan kira 4. Buat berterusan dan fokus pada pengiraan sampai anda tertidur. Memang sangat membantu saya sendiri untuk tidur nyenyak dan mengatasi masalah susah tidur.

Tips Terbaik Atasi Masalah Susah Dari Komen Pembaca

Semoga tips ini membantu. D