* Nur
* July 8, NurJuly 8, 2020 Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesia sendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)

BAHAN-BAHAN:

* Tulang daging RM10
* Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
* 2 biji bawang merah – hiris
* 2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
* 1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
* 1 ½ kiub pati daging
* Perisa aji ( boleh ganti dengan cukup rasa)
* Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

* 2 biji bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* 3-4 biji buah keras
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* 1 sudu makan serbuk lada sulah

BAHAN CILI KICAP:

* 1 genggam cili padi hijau
* 6 ulas bawang putih
* 1 sudu makan cuka
* 1 sudu makan kuah bakso
* 4 sudu makan kicap manis
* Serbuk cukup rasa secukupnya
* Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan.
3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap.
4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik.
5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging.
6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya.
7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.

8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.

9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.

Kredit resipi & foto: Ekynn Aziz

Tercari-cari ‘PRESSURE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

> Resipi Kimbap Korea. Buat Sendiri Baru Puas Hati.

> Cara Buat Pizza Homemade Sedap & Comfirm Jadi.

> Resipi Laksa Ala Aeon Paling Mudah Buat & Sangat Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official